Selamat Datang ke Komuniti Belajar Bersama


Salam Perkenalan kepada semua bakal ahli goblog komuniti... Saya amat berharap komuniti ini dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk memajukan diri kita seiring dengan arus globalisasi. dengan adanya komuniti ini diharapkan dapat mengikat tali persaudaraan dan persepakatan yang kukuh dengan bantu-membantu di antara satu dengan lain.

Kita boleh bergerak bersama sama untuk membina kekuatan, dengankata lain bersatu kita teguh bercerai kita roboh, ini kerana kebanyakkan karyawan blog "Adsense Publiser" berpendapat betapa perlunya kita mempunyai kumpulan supaya blog yang kita bina nanti cepat mendapat Page Rank yang tinggi seterusnya mudah dicapai para pelayar internet. Pra syarat blog mendapat PageRank tinggi ialah blog itu mesti ramai yang melawati, jadi sekiranya kita ada ahli 10 orang umpamanya, sudah tentu kita boleh melawat antara satu sama yamg lain dan di tambah pelawat luar, tentunya blog kita sentiasa menerima pelawat, seterusnya jika bertambah ahli bermakna akan bertanbahlah jumlah pelawat blog kita.

Kita juga boleh bertukar-tukar pendapat dan mengabungkan idea yang baik untuk diguna pakai untuk membina blog kita nanti sama ada melalui pos dan komen di “goblog-comunity.blogspot.com” atau pun melalui blog masing-masing. Komen juga boleh membaharukan pos blog kita.

Sekiranya pogram ini berjaya kita boleh lah panjangkan kepada jalinan dalam bidang “perniagaan internet”.

Bagaimana menyertai

Program ini kami adakan dengan tujuan mengajak sesiapa sahaja yang berkinginan menjadi seorang “Adense Publisher” khasnya atau yang ingin menceburkan diri dalam bidang “Blogging” tetapi tidak tahu lagi untuk memulakannya. Fokus adalah kepada membuat blog dengan blogger (www.blogger.com/start)
Di sini para perserta akan menjadi milik bersama dalam mengendali laman blog “goblog-comunity.blogspot.com”. Perserta juga akan mendapat profil dan ruang kawalan sendiri untuk mereka membina blog yang baru beridentiti sendiri tanpa boleh diusik oleh admin mahupun ahli yang lain.
Setiap ahli juga tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam polisi keahlian.
Dengan beberapa langkah sahaja anda akan menjadi ahli komuniti ini.
Untuk menjadi ahli, sila hantar nama dan tempat tinggal ke belajarbersama@gmail.com, dan anda akan mendapat satu email dari admin klik disini untuk langkah seterusnya
Harap maaf, halaman yang anda cari dalam blog ini tidak wujud.
Harap maaf, halaman yang anda cari dalam blog ini tidak wujud.